Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

31  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0827.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: Biasanya orang banyak puasa pada hari 'Asyura, sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Pada hari itu Kaabah diselubungi. Maka setelah Allah swt. mewajibkan puasa Ramadhan, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa ingin puasa ' Asyura, silakan. Dan barangsiapa hendak meninggalkannya, silakan meninggalkannya. "

32  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0944.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya, melainkan bagi orang yang memang biasa puasa pada hari itu, maka dia boleh puasa pada hari itu."

33  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0963.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Hamzah bin 'Amru dan Al Aslami, keduanya pernah bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Mesti jugakah aku puasa dalam perjalanan?" Padahal biasanya dia rajin berpuasa. Jawab Nabi saw., "Jika engkau mahu puasa, puasalah! Jika tidak, berbukalah!"

34  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0989.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi puasa pada hari Asyura, Nabi saw. bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israel dari musuh-musuh mereka, kerana itu Musa mempuasakannya." Sabda Nabi saw., "Aku lebih berhak daripadamu dengan Musa. Kerana itu Nabi mempuasakannya dan menyuruh mempuasakannya."

35  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1312.
Dari Anas r.a., katanya: Pada suatu saat kami bersama Nabi s.a.w., yang jadi payung kebanyakan kami ialah pakaiannya. Adapun orang-orang yang puasa, tiada mengerjakan apa-apa. Orang-orang yang tiada puasa, menghalau kenderaan, melayani orang yang puasa dan mengurus beberapa keperluan. Nabi s.a.w. bersabda: "Orang-orang yang tiada puasa hari ini juga mendapat pahala".

36  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0968.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pergi dari Madinah ke Mekah. Beliau berpuasa, hingga sampai di 'Usfan. Kemudian beliau meminta air, lalu diangkatnya dengan kedua belah tangannya untuk diperlihatkannya kepada orang banyak, dan beliau berbuka sampai tiba di Mekah. Kejadian itu terjadi dalam bulan Ramadhan. Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya Rasulullah saw. puasa dan berbuka. Maka siapa yang ingin puasa, dia puasa dan siapa yang ingin berbuka dia berbuka."

37  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0986.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dilarang melakukan dua macam puasa dan melakukan dua macam jual beli. Yaitu puasa pada hari raya berbuka dan puasa pada hari raya korban, jika beli mulamasah dan munabazah."

38  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0856.
Dari Ummul Fadhal binti Al Harits r.a., katanya: "Orang banyak bertengkar di sampingnya pada hari Arafah tentang puasa Nabi saw. Setengahnya mengatakan bahawa beliau puasa dan yang lain mengatakan beliau tidak puasa. Karena itu ku hantarkan segelas susu kepada beliau, di mana beliau sedang berhenti di atas unta beliau, maka diminumnya susu itu."

39  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0970.
Dari' Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, (maka puasa yang ketinggalan itu) boleh dipuasakan (dibayar) oleh walinya."

40  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0983.
Dari Juwairiyah binti al Harits r.a., katanya: bahawasanya Nabi saw. datang ke rumahnya pada hari Jumaat, "" sedangkan ia (Juwairiyah) sedang puasa. Sabda Nabi saw.; "Apakah engkau puasa kelmarin?" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi, "Apakah engkau ingin puasa pula besok!" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Berbukalah."